Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Saturday, December 15, 2012

ALLAH itu dekat

   

    Ada ketika kita berhadapan dengan situasi yang penuh dengan dugaan dan cabaran ,sungguhpun kita telah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar namun hasilnya belum juga kelihatan .Kemudian kita akan merasa sangat lemah dan hampir diperdaya syaitan laknatullah .Saat-saat itulah ,kita perlu cepat sedar dan insaf serta sentiasa yakin bahawa dekat kita ada Allah ,Rabbul Alamin ,Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
  
    Allah swt sangat menyayangi kita lantas diberi NYA pelbagai kebaikan sesudahnya .Kita dapat menyaksikan betapa janji Allah bahawa kejayaan akan dinikmati dengan adanya kesabaran .Ramai yang menikmati kejayaan setelah tabah menempuh rintangan .Kita hanya melihat kejayaan seseorang tetapi jarang bertanya berapa banyak kegagalan mereka sebelum menikmati kejayaan itu .
   

No comments:

Post a Comment