Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Friday, August 16, 2013

Kain kecil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ,keluarga ,serta para sahabat baginda .Assalamualaikum ya muslimin wa muslimat .Apa khabar iman ? Syukur jika semuanya baik baik sahaja .



"Kain kecil ? You mean ?"

Kain kecil di sini bermaksud purdah dan seangkatan dengannya .
Awak awak awak dan awak .
Sekarang ,ramai muslimat yang mengenakan kain kecil di muka mereka .Ya ,menutup separuh daripada muka .Mengapa ? Kerana wajah yang cantik jelita itu hanya untuk orang orang yang sepatutnya. Juga kerna ingin menjaga diri daripada fitnah dunia .Sebab dunia sekarang berbeza dengan dunia dahulu .Dunia sekarang terlalu banyak cubaan ,banyak rintangan .Dan yang lebih penting ,adalah kerana Allah semata-mata .

"Fitnah dunia ?"

Ya ,fitnah .Wanita adalah sebesar besar fitnah yang Rasulullah tinggal buat kaum lelaki .Di sini ada beberapa potongan hadis :
Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita" -Riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita” -Riwayat muslim

Ada lagi ,

"Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakaian terlalu ketat ,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dapat dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yang mudah dirayu atau suka merayu ,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta .Wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga .Padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” -Riwayat Muslim
Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”Sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu jika salah seorang dari kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” -Riwayat Muslim
Kerana itu ,sebahagian muslimah memutuskan itu mengenakan kain kecil di muka .Khuatir diri akan menjadi bahan fitnah untuk lelaki .

"Tapi an ,ada gak aku tengok ,pakai purdah tapi sebar gambar banyak kot .Gambar mata la ,pastu posing menggoda pula .Suka pula bila ajnabi puji .Kata nak elak fitnah tapi camgitu pula .Mencalarkan imej Niqabis yang lain je .Macam taknak di lihat tapi nak dipandang ,hek eleh"

 Memang betul .Saya tak nafikan .Semua tu bergantung pada muslimah itu sendiri .Berbalik pada niat masing masing .Jika pujian dan sanjungan yang muslimah itu inginkan ,itu lah yang akan dia dapat .Tapi jika redha Allah yang ingin digapai ,InshaAllah .Tapi kan awak ,tak semua niqabis macam tu ,segelintir je mungkin .Takpe ,dia juga manusia .Niqabis bukan bererti dirinya sempurna ,banyak juga kelemahan .Mungkin dia ingin menggapai redha Allah tapi dia agak sedikit tersasar .Manusia itu tidak terlepas dari berbuat salah .Doakan dia .

"Saya suka tengok perempuan berpurdah .Lihat pada matanya yang cantik ,sudah tentu mukanya juga cantik .Teringin lihat"

Cis Ces Coss .Opss ,maaf .Saya tak berapa minat dan sama sekali tidak suka dengan kata kata ini .Nampak jelas ,kecantikan yang ingin dicari .Allahurabbi .
"Jika kecantikan yang kamu mahu dariku ,sungguh kamu bukan si soleh itu .Kamu tidak lebih dari sekadar pemuja kecantikan wanita"

Itu sahaja .Wallahualam .

No comments:

Post a Comment