Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Sunday, November 24, 2013

Change now

Assalamualaikum to all readers.


Dahulu aku jahil. Belajar agama tapi tidak mempratikkan dalam kehidupan. Daripada hidup terkontang kanting, tiada pegangan agama yang betul lalu bertukar kepada hidup yang mempunyai tujuan. Islam telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Islam telah banyak mengajar aku tujuan hidup yang sebenar. Sungguh, aku tidak akan mengulangi kesilapan lampau.

Allah sayang pada aku. Hidayah Allah telah datang menyapa aku. Menyentuh hati. Menyetuh jiwa. Menyentuh kalbu. Sehingga aku sedar bahawa hidup di dunia bukan masa untuk bersenang lenang. Hidup di dunia bukan untuk berfoya-foya. Tapi hidup adalah untuk mencari bekalan akhirat. Dunia cuma tempat persinggahan. Sudah tentu satu masa aku bakal meneruskan perjalanan ke tempat lain. Meninggalkan tempat persinggahan tadi. Kebanyakkan manusia tahu, dunia cuma tempat mencari bekalan. Ramai manusia tahu bahawa mereka akan mati, dan akan melangkah ke alam lain. Tapi cuma sedikit yang sedar, cuma segelintir yang mahu mengubah cara hidup. Mungkin manusia ini menunggu waktu tua untuk bertaubat kembali pada Dia. Itu pun kalau sempat tua ,kalau tidak ? Alangkah ruginya manusia.

Hidup ini penat bukan? Ya, aku sendiri mengakui. Hidup ini penat dan penuh dengan tipu daya. Bila dah penat di dunia, akhirat nanti sudah pasti aku nak rehat sepuas-puasnya. Buat semua benda yang aku tak dapat buat dekat dunia dahulu. Satu sahaja tempat itu, SYURGA Allah. Itulah tempat rehat yang kekal abadi selamanya. Itu impian aku.Ada sahaja manusia, sudahlah penat di dunia, dosa bertimbun-timbun. Penat bukan disebabkan dengan buat kerja-kerja dakwah. Tapi sebab buat perkara-perkara maksiat. Sudah lah penat di dunia, di akhirat pula kena seksa. Double triple penat. Alangkah ruginya manusia. Moga kita di jauhkan.

Hidayah Allah itu datang pada sesiapa sahaja. Hidayah Allah itu menyapa pada sesiapa sahaja. Kadang kala, hidayah sudah menyapa, tapi manusia sombong bongkak, tak mahu mengambil hidayah tersebut. Ruginya. Boleh jadi hidaya Allah tidak akan menyapa lagi pada dia yang tak sudi.Fikirlah, berubah sebelum nyawa diragut malaikat. Berubahlah, sebelum jasad ditindih tanah. Berubahlah selagi punya nyawa. 





Thursday, November 21, 2013

Setia menanti

Di saat kamu memerlukan seseorang,
Untuk mendengar luahan hati,
Untuk diceritakan segala isi hati,
Namun,
Tiada siapa yang sudi,
Tiada siapa yang mahu mendengari.

Usah kecewa,
Mungkin kamu lupa,
Kamu lupa yang kita punya Dia,
Yang sentiasa bersedia mendengar setiap rintihan kita.
Yang setia menanti setiap masa,
Kita lupa..
Yang Dia selalu siap untuk mendengar keluhan hati kita.

Usah bersedih,
Jika tiada manusia yang mahu mendengar setiap apa yang diluahkan.
Usah kecewa,
Kerna kita punya Dia.
24/7 sentiasa mahu berbahagi cerita.

Ketahuilah,
Kamu akan senang,
Hati akan damai setelah bercerita semuanya pada Dia,
Bukan pada manusia yang akan buat kamu kecewa.

Wallahualam..

Tuesday, November 19, 2013

Lupakan.



 Assalamualaikum to all readers .


Masa silam .
Terkadang buat hati rasa gundah.
Terkadang buat  hati menyesal atas perlakuan dahulu.
Terkadang buat hati rasa rindu.
Terkadang buat hati rasa berdosa.

Bertaubat memohon keampunan dariNYA.
Dia lebih mengetahui tentang dirimu lebih dari kamu tahu tentang dirimu sendiri.
Usah dikenang.
Yang lepas, biarkan ia lepas.
Simpan ditempat yang paling dalam.
Dikunci rapi agar ia tidak menjadi perosak diri sekali lagi.

Usah menyesal atas perlakuan yang lepas.
Usah berimaginasi "kalau aku tak...."
Takut menjadi perosak diri.
Yang lepas biar lepas.
Jadikan ia teladan.
Agar bisa menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Kerna, tiada kamu yang dulu maknanya tiadalah kamu yang sekarang.

Sekarang.
Bangkitlah.
Bangkit bersama cita-cita.
Bangkit bersama impian.
Impian menuju ke syurga.
Kehidupan yang kekal abadi.
Bila kaki sudah melangkah masuk ke syurga.
Ketahuilah,
Kamu telah berjaya menempuh tipuan dan permainan dunia.
Ketahuilah,
Kamu sudah pun berjaya.
Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.