Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Sunday, November 24, 2013

Change now

Assalamualaikum to all readers.


Dahulu aku jahil. Belajar agama tapi tidak mempratikkan dalam kehidupan. Daripada hidup terkontang kanting, tiada pegangan agama yang betul lalu bertukar kepada hidup yang mempunyai tujuan. Islam telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Islam telah banyak mengajar aku tujuan hidup yang sebenar. Sungguh, aku tidak akan mengulangi kesilapan lampau.

Allah sayang pada aku. Hidayah Allah telah datang menyapa aku. Menyentuh hati. Menyetuh jiwa. Menyentuh kalbu. Sehingga aku sedar bahawa hidup di dunia bukan masa untuk bersenang lenang. Hidup di dunia bukan untuk berfoya-foya. Tapi hidup adalah untuk mencari bekalan akhirat. Dunia cuma tempat persinggahan. Sudah tentu satu masa aku bakal meneruskan perjalanan ke tempat lain. Meninggalkan tempat persinggahan tadi. Kebanyakkan manusia tahu, dunia cuma tempat mencari bekalan. Ramai manusia tahu bahawa mereka akan mati, dan akan melangkah ke alam lain. Tapi cuma sedikit yang sedar, cuma segelintir yang mahu mengubah cara hidup. Mungkin manusia ini menunggu waktu tua untuk bertaubat kembali pada Dia. Itu pun kalau sempat tua ,kalau tidak ? Alangkah ruginya manusia.

Hidup ini penat bukan? Ya, aku sendiri mengakui. Hidup ini penat dan penuh dengan tipu daya. Bila dah penat di dunia, akhirat nanti sudah pasti aku nak rehat sepuas-puasnya. Buat semua benda yang aku tak dapat buat dekat dunia dahulu. Satu sahaja tempat itu, SYURGA Allah. Itulah tempat rehat yang kekal abadi selamanya. Itu impian aku.Ada sahaja manusia, sudahlah penat di dunia, dosa bertimbun-timbun. Penat bukan disebabkan dengan buat kerja-kerja dakwah. Tapi sebab buat perkara-perkara maksiat. Sudah lah penat di dunia, di akhirat pula kena seksa. Double triple penat. Alangkah ruginya manusia. Moga kita di jauhkan.

Hidayah Allah itu datang pada sesiapa sahaja. Hidayah Allah itu menyapa pada sesiapa sahaja. Kadang kala, hidayah sudah menyapa, tapi manusia sombong bongkak, tak mahu mengambil hidayah tersebut. Ruginya. Boleh jadi hidaya Allah tidak akan menyapa lagi pada dia yang tak sudi.Fikirlah, berubah sebelum nyawa diragut malaikat. Berubahlah, sebelum jasad ditindih tanah. Berubahlah selagi punya nyawa. 





No comments:

Post a Comment