Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Wednesday, June 25, 2014

Muslimah.

Tak perlu nak diheboh-heboh
Yang kau muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak dihebah-hebah
Yang kau sorang muslimah berpurdah.

Gambarmu tak perlu ditayang-tayang
Menjadi tatapan yang bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan
Menjadi tatapan yang layak pandang.

Jika hijrahmu kerana Tuhan
Tak kau hiraukan pujian orang
Jadilah muslimah yang mengejar Jannah
Bukannya mengejar dunia yang mewah

Jadilah muslimah yang mengejar Jannah
Sorang yang tabah
Sorang muslimah yang solehah.

Thursday, June 12, 2014

Dulu.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to All readers. 

Nak tahu something tak ?

Dulu aku pun macam korang.
Pakai tudung tapi slempang kiri kanan.
Pakai baju tapi selinsing lengan.
Kalau dapat yang labuh tu,jarang jarang.
Dulu aku pun macam korang.
Mak ayah,aku buat macam kawan.
Cakap dengan diorang,acuh tak acuh asyik nak menang.
Bertekak memanjang.
Bukan aku tak tahu,mak ayah duk fikir pasal aku malam siang.
Dulu aku pun macam korang.
Kawan laki,macam kawan perempuan.
Tepuk tampar,macam kebiasaan.
Malu aku melayang.
Menggedik menghenyam tu aku rasa lumrah alam perempuan.
Nak kata,jahilnya masa silam.



Dulu,aku pun macam korang.
Tapi sampai suatu masa,Allah uji aku macam macam.
Nak cerita lebih,ada cerita yang lebih baik kita simpan.
Kan?
Sampailah aku nampak macam mana jijiknya dunia,
Dan hebatnya perkiraan tuhan dekat akhirat sana.
Aku baru sedar,dunia tak selama mana.
Apa aku nak tunjuk sebenarnya?
Aku nak bermegah dengan siapa?
Buat dosa tak kira masa,apa aku ingat hidup ini lama?
Dekat akhirat,aku nak bawak bekal apa?
Tak yah cakap pasal akhirat,
tuh azab kubur,siapa nak ganti aku tanggung azab.
Tak tutup aurat.
Tak jaga ikhtilat.
Cakap mak ayah semua aku lipat.
Dulu,aku pun macam korang.
Tapi selagi tuhan beri kita kehidupan,
Tidakkah pintu kembali sentiasa terbuka?
Tak berbaloi pun,
Hidup lawan tuhan.
Lama lama,kau jumpa Dia juga.
..
Mungkin kau nak cakap,
'Ala nanti tua aku taubat.'
Hm,mungkin kau tak ingat,
Dekat sana akhirat tuhan tanya, ‘masa muda,apa kau buat?’
See?
Takkan melepas,kawan.

Aku pesan,
Sebab dulu pun aku macam korang.

Wednesday, June 11, 2014

Jangan lembik sangat.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to All readers. 




*jentik*

Sakit tak kena jentik?

Aduh. Tolonglah. Kenapa lembik sangat?

Kenapa lembik sangat? 

Bila orang hina kita, mulalah lemah tak bermaya. 

Bila stalk, diri sendiri kecewa. Kalau dah tahu stalk boleh datangkan kecewa, buat apa nak stalk lagi? Hadoi. 

Bila orang ungkit kisah lepas, melenting macam apa. 

Bila orang nasihat, buat muka. Eh sori sikit, pendakwah pun manusia, bukan malaikat. Apa ingat kita ni ada ilmu banyak sangat ke sampai tak nak dengar nasihat orang lain?

*piat telinga*

Mudah mengalah tu bukan ciri-ciri daie lah. Malah, bukan ciri-ciri mukmin pun. Macam mana nak bawa Islam kalau baru dicemuh sikit, dah menangis sorang-sorang di penjuru bilik? Come on, kena kuat.

Aku, kau, kita, kami, mereka, dia. Semua kena kuat. Cabaran tak akan berhenti datang, jadi kita pun tak ada alasan untuk berhenti melangkah. Biarlah apa orang nak kata, tanamkan sikap husnuzhon dalam hati. Pekakkan telinga dengan cacian. Dalam proses nak bina diri semula, kalau boleh elakkan dulu dengan segala komen yang menjatuhkan. Bukan maksudnya tak nak terima langusng any negative comment, tapi nanti bila hati dah kental sikit, baru kita mulakan langkah kedua, ambil kata cacian sebagai batu loncatan. Nak buat sesuatu, biar step by step. Jangan terus drastik.

Sudahlah. Sekarang ni bukan masalah kenapa orang benci kita. Sebab hubungan kita dengan manusia akan jadi lemah bila kita tak jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah. Jadi, check semula camane hubungan kita dengan Allah selama ni. Kalau hubungan kita dengan Allah dah goyah, tak mustahil kecundang ukhwah. Kalau solat tak jaga, wudhuk tak sempurna, lewatkan mandi wajib, pakai tak tutup aurat sempurna, baca Al Quran paling kerap pun seminggu sekali je. Macam mana nak kata diri sendiri pendakwah? Nak mengaku diri sebagai orang beriman tu jauh sekali lah kan.

*baling batu masuk longkang*

So, apa lagi alasan kita nak bagi bila menghadap Allah nanti? Bila diuji sikit, dah lemah tak mampu berdiri.

Somehow, ada perkara, orang tak faham kita, orang tak faham situasi kita, orang tak faham apa yang kita lalui, orang tak faham apa yang kita maksudkan, orang tak faham apa sebenarnya yang kita nak buat. Dan kemudian orang mula assume bukan-bukan. Takkanlah bila orang assume, kita terus tak ada semangat nak melangkah dah? Sedangkan kita ada target sendiri. Kita ada cita-cita sendiri. Kenapa kita mudah mengalah pada kata-kata manusia?

Jujur mengalah itu perlu. Tapi ikut keadaanlah. Mengalah dalam perbalahan, perdebatan, itu digalakkan. Mengalah bila ditimpa ujian, bila gagal dalam peperiksaan, itu boleh pergi terjun bangunan rasanya.

Allah tak ciptakan ujian untuk kita mengalah. Allah ciptakan ujian untuk kita hadapi. Buktikan yang kita tak lemah. Yang lemah itu nafsu, yang kuat itu iman. Latih iman jadi kental, barulah boleh jadi panglima perang!

Sudahlah, jangan nak mengalah sangat dengan emosi sendiri. Selagimana kita yakin Allah itu sebaik-baik pembantu, kita tak akan rasa mengalah itu sebagai satu jalan penyelesaian. Okey?

-Mato-

Post Lagha Takyah Baca.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to All readers. 
Lama tak update, iolss baru teringat passwrd blog ni. hehehe

1.01 AM. Sekali lagi aku buat keputusan. Yang mungkin gila di mata manusia. Aku harap bernilai pada sisi Allah. Untuk kali keduanya. Tapi untuk kebaikan semua. Bukan aku tak sudi. Tapi masanya belum tiba. Sorry. Untuk anda, keep in touch dalam doa. 

"Kita tahu, berubah ni step by step. Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step"

 Ringkas. tak faham dediam. takyah tanya. 
Tajuk aku pun dah tulis lagha. hang pi baca pasaipa.
Bye.