Tak perlu nak diheboh-heboh
Yang kau muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak dihebah-hebah
Yang kau sorang muslimah berpurdah.
Gambarmu tak perlu ditayang-tayang
Menjadi tatapan yang bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan
Menjadi tatapan yang layak pandang.
Jika hijrahmu kerana Tuhan
Tak kau hiraukan pujian orang
Jadilah muslimah yang mengejar Jannah
Bukannya mengejar dunia yang mewah
Jadilah muslimah yang mengejar Jannah
Sorang yang tabah
Sorang muslimah yang solehah.


No comments:
Post a Comment