Assalamualaikum. Moga hidup kalian diberkati Allah. Selamat Membaca.

Wednesday, December 25, 2013

Yang Namanya MANUSIA

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to All readers. 

Maaf sebab dah lama kot aku tak update blog ni. Sibuk kauu. Biasa lah PM kann *hihi*. -__- . Okey, back to the topic. Yang namanya manusia . Kenapa dengan manusia ? Ya, yang namanya manusia bila berbicara tidak menggunakan akal, tidak berteraskan iman or bahasa lebih mudah berbicara dengan nafsu akan buat ramai hati yang terguris. Bila hati tengah panas, bengang or whatsoever jangan lah duk bercakap. Diam . Bila dah reda panas, nak cakap, cakap lah sampai esok pun takpa. Sebab ? As we know, lidah tu lebih tajam daripada pedang, apa yang keluar dari lidah tu akan bagi kesan pada diri kita tak termasuk orang sekeliling kita. Once orang dah sakit hati dengan kata-kata kita, boleh jadi dia akan ingat sampai bila-bila.

Sekian.

Monday, December 9, 2013

Mengapa dengan hati


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum to all readers.

Tak tahu kenapa. Rasa ada sesuatu yang tak kena. Rasa tak tenteram. Walhal harini berjalan seperti sedia kala. Aku tak tahu, mengapa, kenapa hatiku rasa berat dan sempit. Mungkin ada benda yang aku terlepas pandang. Mungkin ada benda yang aku tak perasaan. Mungkin aku sudah pun menyakitkan hati sesorang.

Urmm.

Atau mungkin, hubungan aku dengan Tuhan menjauh, mungkin. Aku rasa kosong. Ada yang tak kena. Mesti ada benda yang dah aku buat. Check balik urusan seharian aku, apa yang tertinggal. 

Ya Allah, Bantu hambaMU.
Perasaan apakah ini.
Bantu hambaMU.
Ingatkan aku apa yang telah aku lakukan.





Saturday, December 7, 2013

Salahkah ?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum to all readers.


''Salahkah menyukai seseorang ?''
''Salahkah aku kumpul harta ?''
''Aku suka main bola, salahkah ?''

   Sebenarnya tak salah bila kita cintakan perkara-perkara dunia. Like, perempuan, lelaki, hobi, harta or whatsoever. Tak salah. Allah sendiri ada cakap dalam surah Ali imran, ayat 14.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iatu: Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)"

   Yang salah bila kita terlalu taksub dengan sesuatu yang kita suka tu sampai kita lupa apa yang Allah suruh buat, apa yang Allah suruh tinggal. Contoh, kita sibuk kumpul harta sampai lupa benda lain, lupa apa Allah suruh, lupa nak berzakat, lupa segala-galanya. Kita sibuk main bola, sampai lupa nak solat, tak tutup aurat bagai semua. 

   Walhal, dengan harta yang kita kumpul, kita boleh jadikan ia sebagai saham akhirat. Macam sedekah, buat amal and macam-macam lah. 

   Sungguh, tabiat manusia adalah cinta pada dunia, cinta pada harta benda kesenangan. Tetapi, terserah pada manusia itu sendiri bagaimana ia dapat menggunakannya untuk mengabdikan diri pada Allah juga untuk mendapatkan keredhaanNYA.

Firman Allah:

"Sesungguhnya, Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." (Al Kahfi: 7)


"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah dugaan (bagimu),dan disisi Allah jualah pahala yang besar( At Taghabun: 15)

Waalahualam.

Sunday, November 24, 2013

Change now

Assalamualaikum to all readers.


Dahulu aku jahil. Belajar agama tapi tidak mempratikkan dalam kehidupan. Daripada hidup terkontang kanting, tiada pegangan agama yang betul lalu bertukar kepada hidup yang mempunyai tujuan. Islam telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Islam telah banyak mengajar aku tujuan hidup yang sebenar. Sungguh, aku tidak akan mengulangi kesilapan lampau.

Allah sayang pada aku. Hidayah Allah telah datang menyapa aku. Menyentuh hati. Menyetuh jiwa. Menyentuh kalbu. Sehingga aku sedar bahawa hidup di dunia bukan masa untuk bersenang lenang. Hidup di dunia bukan untuk berfoya-foya. Tapi hidup adalah untuk mencari bekalan akhirat. Dunia cuma tempat persinggahan. Sudah tentu satu masa aku bakal meneruskan perjalanan ke tempat lain. Meninggalkan tempat persinggahan tadi. Kebanyakkan manusia tahu, dunia cuma tempat mencari bekalan. Ramai manusia tahu bahawa mereka akan mati, dan akan melangkah ke alam lain. Tapi cuma sedikit yang sedar, cuma segelintir yang mahu mengubah cara hidup. Mungkin manusia ini menunggu waktu tua untuk bertaubat kembali pada Dia. Itu pun kalau sempat tua ,kalau tidak ? Alangkah ruginya manusia.

Hidup ini penat bukan? Ya, aku sendiri mengakui. Hidup ini penat dan penuh dengan tipu daya. Bila dah penat di dunia, akhirat nanti sudah pasti aku nak rehat sepuas-puasnya. Buat semua benda yang aku tak dapat buat dekat dunia dahulu. Satu sahaja tempat itu, SYURGA Allah. Itulah tempat rehat yang kekal abadi selamanya. Itu impian aku.Ada sahaja manusia, sudahlah penat di dunia, dosa bertimbun-timbun. Penat bukan disebabkan dengan buat kerja-kerja dakwah. Tapi sebab buat perkara-perkara maksiat. Sudah lah penat di dunia, di akhirat pula kena seksa. Double triple penat. Alangkah ruginya manusia. Moga kita di jauhkan.

Hidayah Allah itu datang pada sesiapa sahaja. Hidayah Allah itu menyapa pada sesiapa sahaja. Kadang kala, hidayah sudah menyapa, tapi manusia sombong bongkak, tak mahu mengambil hidayah tersebut. Ruginya. Boleh jadi hidaya Allah tidak akan menyapa lagi pada dia yang tak sudi.Fikirlah, berubah sebelum nyawa diragut malaikat. Berubahlah, sebelum jasad ditindih tanah. Berubahlah selagi punya nyawa. 





Thursday, November 21, 2013

Setia menanti

Di saat kamu memerlukan seseorang,
Untuk mendengar luahan hati,
Untuk diceritakan segala isi hati,
Namun,
Tiada siapa yang sudi,
Tiada siapa yang mahu mendengari.

Usah kecewa,
Mungkin kamu lupa,
Kamu lupa yang kita punya Dia,
Yang sentiasa bersedia mendengar setiap rintihan kita.
Yang setia menanti setiap masa,
Kita lupa..
Yang Dia selalu siap untuk mendengar keluhan hati kita.

Usah bersedih,
Jika tiada manusia yang mahu mendengar setiap apa yang diluahkan.
Usah kecewa,
Kerna kita punya Dia.
24/7 sentiasa mahu berbahagi cerita.

Ketahuilah,
Kamu akan senang,
Hati akan damai setelah bercerita semuanya pada Dia,
Bukan pada manusia yang akan buat kamu kecewa.

Wallahualam..

Tuesday, November 19, 2013

Lupakan.



 Assalamualaikum to all readers .


Masa silam .
Terkadang buat hati rasa gundah.
Terkadang buat  hati menyesal atas perlakuan dahulu.
Terkadang buat hati rasa rindu.
Terkadang buat hati rasa berdosa.

Bertaubat memohon keampunan dariNYA.
Dia lebih mengetahui tentang dirimu lebih dari kamu tahu tentang dirimu sendiri.
Usah dikenang.
Yang lepas, biarkan ia lepas.
Simpan ditempat yang paling dalam.
Dikunci rapi agar ia tidak menjadi perosak diri sekali lagi.

Usah menyesal atas perlakuan yang lepas.
Usah berimaginasi "kalau aku tak...."
Takut menjadi perosak diri.
Yang lepas biar lepas.
Jadikan ia teladan.
Agar bisa menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Kerna, tiada kamu yang dulu maknanya tiadalah kamu yang sekarang.

Sekarang.
Bangkitlah.
Bangkit bersama cita-cita.
Bangkit bersama impian.
Impian menuju ke syurga.
Kehidupan yang kekal abadi.
Bila kaki sudah melangkah masuk ke syurga.
Ketahuilah,
Kamu telah berjaya menempuh tipuan dan permainan dunia.
Ketahuilah,
Kamu sudah pun berjaya.
Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.



Sunday, September 22, 2013

Luahan seorang ukhti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih .Entri kali saya just ambil daripada belog seorang ukhti .Ianya luahan dari hati untuk kaum sejenisnya . *Wa baca pun sentap*





Hawa..Tadi aku buka laman sosial,Tahukah engkau apa yang aku lihat, Hawa..?Hawa, aku nampak posing 'maut' yang menggoda...


Hawa ,
Mana mawarmu.??
 Mawar yang mekar di taman larangan?? 
Mana? Mana?? Mana???!
Tidak dapat ku nafikan bahawa kau comel jika digayakan sedemikian rupa,Tapi sedarkah engkau Hawa,?
Gayamu yang menggoda membuatkan lelaki tergoda?Sedarkah engkau gayamu membuatkan iman mereka ternoda?

Hawa ,

Jika aku seorang perempuan juga mengatakan engkau comel,Apa lagi kata Adam di luar sana. Aku rasa tidak salah untuk memberi tahu,Tapi biarlah berpada,Jangan sampai kau yang menggoncangkan iman mereka.

Hawa ,
Adakah engkau perempuan murahan?
Yang menarik Adam hanya dengan posingmu ?
Menambah rakan hanya dengan posingmu ?
Tidak ku sangka Hawa, nilaimu serendah itu..Lebih murah nilainya berbanding seekor lembu ,

Hawa ,

Aku malu !Aku malu apabila kau mengatakan I LOVE U kepada bukan mahrammu,Tanpa ikatan pernikahan kau sanggup katakan sebegitu,?Lagi menggores hatiku, Apabila aku melihat mawar yang tidak segan silu,Sanggup dipegang oleh kumbang yang tidak tahu malu .Mana durimu !Setelah kau lepaskan madumu begitu sahaja,Kau biarkan kumbang menghisapnya .






Hawa .

Maaf andai kata-kataku ini menggores hatimu,Sedarlah Hawa,Aku tidak mahu dituntut di akhirat kelak,Disebabkan aku tidak menegurmu,
Saat itu aku akan membuat tuli.


sudah dulu ya HAWA .

info di FB


 *Berkata Pendeta Yahudi : berbahagialah wanita-wanita Muslim yg tidak masuk gambarnya di dalam FACEBOOK,kerana aku tahu Tuhan Muhammad menghitung D0SA sebesar biji sawi sekalipun,oleh itu aku merancang merosakkan mereka secara halusan biji sawi juga !"
"

Ini lah wanita !

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Wanita ,Perempuan ,An nisa ,ukhti dan seangkatan dengannya .Mereka semua adalah mahluk ciptaan Allah yang sangat unik .Maksud saya ,Allah ciptakan perempuan dengan sifatnya yang penuh kasih sayang ,yang mudah tersentuh dan mempunyai hati yang agak sensitif .



Mari hayati lirik lagu ini,


"Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"


Nampak ?

Perempuan ini mudah tersentuh hatinya .Bila dimarah sikit ,mula merajuk .Bila diuji sedikit ,mula lah menangis .Ya ini la ,perempuan ,hatinya terlalu sensitif .
Ehemm .

Dan satu lagi ,kaum adam ! Ingat ,jangan mudah dekati perempuan .Perempuan ni cepat perasan .Seriyes talk .
Maksud saya dengan cepat perasan tu camni .Okey .Perempuan akan cepat perasan dengan lelaki yang suka ambil peduli pasal dia ,suka layan ,suka buat dia gembira .Tak tipu .Dia akan rasa bahagia dan mula suka pada lelaki tu .

"Peh ,perasan betul"

Kan dah cakap ,hati perempuan ni mudah sangat cair kalau tak di isi dengan iman dan taqwa .Kami ni perempuan memang gitu .A woman heart is easily to be touched .Sebab tu la adanya batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan .
Ohohh .

Adam ,jangan terlalu rapat dengan hawa .Bila terlalu rapat mungkin akan ada yang memendam perasaan .Jeng Jeng Jeng .Betul ,tak caye dah .Hati kan sensitif .Bukan nak menangkan kaum hawa .No ,its totally wrong .Tapi ini adalah realiti yang berlaku sakarang .I repeat REALITI .

Perempuan pun sebenarnya kena juga jaga diri ,jangan tertipu dengan kepedulian lelaki ,if dia serious ,dia akan datang jumpa your family .Isi hati kamu dengan iman dan ilmu ,InshaAllah ,Allah akan jaga mu sebaiknya kaum hawa .

K ,cukuplah membebel .Wa cauu duluu .Assalamualaikum .

Friday, August 16, 2013

Kain kecil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ,keluarga ,serta para sahabat baginda .Assalamualaikum ya muslimin wa muslimat .Apa khabar iman ? Syukur jika semuanya baik baik sahaja .



"Kain kecil ? You mean ?"

Kain kecil di sini bermaksud purdah dan seangkatan dengannya .
Awak awak awak dan awak .
Sekarang ,ramai muslimat yang mengenakan kain kecil di muka mereka .Ya ,menutup separuh daripada muka .Mengapa ? Kerana wajah yang cantik jelita itu hanya untuk orang orang yang sepatutnya. Juga kerna ingin menjaga diri daripada fitnah dunia .Sebab dunia sekarang berbeza dengan dunia dahulu .Dunia sekarang terlalu banyak cubaan ,banyak rintangan .Dan yang lebih penting ,adalah kerana Allah semata-mata .

"Fitnah dunia ?"

Ya ,fitnah .Wanita adalah sebesar besar fitnah yang Rasulullah tinggal buat kaum lelaki .Di sini ada beberapa potongan hadis :
Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita" -Riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita” -Riwayat muslim

Ada lagi ,

"Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakaian terlalu ketat ,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dapat dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yang mudah dirayu atau suka merayu ,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta .Wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga .Padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” -Riwayat Muslim
Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”Sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu jika salah seorang dari kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” -Riwayat Muslim
Kerana itu ,sebahagian muslimah memutuskan itu mengenakan kain kecil di muka .Khuatir diri akan menjadi bahan fitnah untuk lelaki .

"Tapi an ,ada gak aku tengok ,pakai purdah tapi sebar gambar banyak kot .Gambar mata la ,pastu posing menggoda pula .Suka pula bila ajnabi puji .Kata nak elak fitnah tapi camgitu pula .Mencalarkan imej Niqabis yang lain je .Macam taknak di lihat tapi nak dipandang ,hek eleh"

 Memang betul .Saya tak nafikan .Semua tu bergantung pada muslimah itu sendiri .Berbalik pada niat masing masing .Jika pujian dan sanjungan yang muslimah itu inginkan ,itu lah yang akan dia dapat .Tapi jika redha Allah yang ingin digapai ,InshaAllah .Tapi kan awak ,tak semua niqabis macam tu ,segelintir je mungkin .Takpe ,dia juga manusia .Niqabis bukan bererti dirinya sempurna ,banyak juga kelemahan .Mungkin dia ingin menggapai redha Allah tapi dia agak sedikit tersasar .Manusia itu tidak terlepas dari berbuat salah .Doakan dia .

"Saya suka tengok perempuan berpurdah .Lihat pada matanya yang cantik ,sudah tentu mukanya juga cantik .Teringin lihat"

Cis Ces Coss .Opss ,maaf .Saya tak berapa minat dan sama sekali tidak suka dengan kata kata ini .Nampak jelas ,kecantikan yang ingin dicari .Allahurabbi .
"Jika kecantikan yang kamu mahu dariku ,sungguh kamu bukan si soleh itu .Kamu tidak lebih dari sekadar pemuja kecantikan wanita"

Itu sahaja .Wallahualam .

Monday, July 8, 2013

Husnudzon

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,ahli keluarga serta para sahabat baginda .Assalamualaikum soleh dan solehah .Apa khabar iman ?Semoga berada dalam keadaan baik belaka .Alhamdulillah ,diberi peluang untuk bernafas sehingga ke saat ini .Syukur .


"Husnudzon"

Satu perkataan yang bermaksud berbaik sangka ,bersangka baik ,fikir positif dan seangkatan dengannya .
"Husnudzon dengan siapa ? untuk apa ?"

Husnudzon dengan semuanya ,dengan manusia ,dengan setiap benda yang berlaku .Lebih-lebih lagi ,husnudzon dengan Allah .

Kita manusia ,punya keinginan ,punya kemahuan ,punya perancangan .Tapi ,tak semua keinginan kita akan tercapai .Mengapa ? Sebab kita cuma mampu merancang .Yang menentukan perancangan kita itu hanya lah Allah taala .Bila Dia izin ,maka terjadi lah .Tapi ,bila Allah tak izinkan jadi ,maka tak akan terjadi lah perancangan kita itu .Dan bila tak jadi ,di sini lah hati kita kena mula menerima ketentuan Allah .Bersangka baik lah dengan Allah .Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk sekalian hambaNya .

Kadang ,lain yang kita minta ,lain yang Allah beri .Kenapa ? Kerna itu lah yang lebih baik sahabatku .Walau sehebat mana perancangan kita ,hebat lagi perancangan Dia ,kan .

"Aku target 4flat sem ni ,tapi hmmm ,padahal aku dah usaha sehabis baik .Aku da doa ,kenapa Allah tak kabulkan ,hmm ?"


"Sayang ,Cinta ,Intan payung .
Tak semua yang kau nak kau akan dapat ,mana tau apa yang kau mintak tu tak baik untuk kau .Kau tak tahu tapi Allah tahu .Mungkin bila kau dapat apa yang kau target hubungan kau dengan Dia jadi renggang .Husnudzon sayangku .Perancangan Allah tu hebat belaka .Ingat balik firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216 yang bermaksud " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"


See ? Allah tahu apa yang kita tidak tahu .

"Husnudzon dengan manusia cemana pulak ?"

Gini ,jangan fikir buruk pasal dia .Bila dia buat something ,bersangka baik lah .Mungkin dia ada sebab dan alasan sendiri yang kita tak tahu .Kita tak boleh la nak cakap bukan-bukan pasal dia .Kita bukannya ada kuasa sampai boleh baca isi hati manusia ,kann .

"Semalam rasanya aku nampak si A tu tak pakai tudung ,pakai sendat-sendat .Tapi harini ,amboii siap berjubah ,pakai tudung bagai .Pehal hek ?Nak tunjuk baik la tu kat orang kampung .Hek elehh ,tak terpedaya la aku dengan muslihat dia .Dah la haritu aku nampak dia berkepit je dengan lelaki ,hehh .Entah,entah dah ada isi dalam perut ,saja nak tutup sebab tu pakai jubah .Menyampah pulak "

*Rasa nak lempang je kan mulut dia ni*

Busuk .Mana tahu dia sudah pun berubah .Jangan lah bersangka buruk dengan dia .Bersyukur lah kerna dia sudah kembali ke pangkal jalan .Doa kan dia .Bukan kata yang bukan-bukan .Bukan mengumpat sana sini .

Semak balik Surah Al-Hujurat ayat 12, 

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”

Nampak tak ?

Yang sudah terlanjur bersangka buruk tu ,tak terlambat lagi untuk bertaubat .Selagi nyawa belum di ambil .Masih ada masa ,InsyaAllah .Jangan kotorkan hati dengan bersangka buruk .Bersihkan lah hati dengan istighfar .Mudah mudahan Allah menghapus bintik-bintik hitam yang ada di dalam hati kita .Mudah mudahan Allah menerima taubat kita .

Jaga iman ya .Maaf kalau tersalah kata .Wallahualam .

Sunday, May 12, 2013

Belajarlah memaafkan

Jika hati begitu sensitif ,pasti hati akan mudah terluka .Akan tetapi ,jika hati sering dilatih maka hati kita akan siap menerima apa pun pukulan yang datang dari pelbagai arah .

Andai hati kita di sakiti oleh seseorang .Jangan mudah membenci .Anggaplah dia suatu ujian yang diberi oleh Sang Pencipta kepada hambaNYA .Belajarlah memaafkan andai terluka agar hati menjadi lebih bahagia .InsyaAllah .

Wallahualam . . .